Friday, 18 November 2011

MAKROEKONOMI STPM


Matlamat Dasar Makroekonomi Malaysia

Terangkan tiga matlamat dasar makroekonomi negara Malaysia. [6]

Tiga matlamat dasar makroekonomi negara Malaysia ialah:
  1. Mencapai tingkat guna tenaga penuh
    • Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila kadar pengangguran kurang daripada 5%, iaitu hanya berlaku pengangguran geseran sahaja dalam ekonomi.
    • Dalam keadaan ini, kegiatan ekonomi akan meningkat kerana faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.
    • Keluaran negara meningkat dan berlaku peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi.
    • Apabila guna tenaga penuh tercapai, KNK sebenar sama dengan KNK potensi.
  2. Mencapai kestabilan tingkat harga umum
    • Kestabilan tingkat harga umum bermakna ekonomi tidak menghadapi masalah kenaikan harga atau kejatuhan harga kurang daripada 4%.
    • Kuasa beli pengguna menjadi lebih stabil dan ini akan meningkatkan taraf hidup dan kebajikan masyarakat.
    • Kegiatan ekonomi semakin meningkat disebabkan inflasi yang terkawal dan berlaku kestabilan kadar bunga di pasaran.
  3. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
    • Pertumbuhan ekonomi bermakna kegiatan ekonomi semakin meningkat.
    • Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran.
    • Seterusnya, taraf hidup dan kebajikan masyarakat turut meningkat

SIHIR / PUKAU / SANTAU (PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)

ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:
1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:
  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:
  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.


2. ILMU GUNA-GUNA
Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
  1. Asamara cinta yang keterlaluan.
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
  4. Sukar mengawal cinta.
  5. Rindu bayang yang berlebihan.
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:
  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR YANG DIHALALKAN
Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.


3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)
Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.
Tanda-tanda Hinopsis:
  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
  • Seperti kain / api berubah menjadi burung.
4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA
Tanda-anda Sihir Gila:
  • Binggung dan lupa sesuatu.
  • Kacau dalam perbicaraan.
  • Mata kuyu (moyok).
  • Tidak boleh tenang di satu tempat.
  • Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
  • Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
  • Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.
5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA
Tanda-Tanda:
  • Suka berseorangan / menyendiri.
  • Tidak bercakap / pendiam.
  • Tidak suka berjumpa orang.
  • Fikiran meracau / terganggu.
  • Selalu pening.
  • Selalu lesu dan tidak bermaya.
  • Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.



6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN
Tanda-tandanya:
  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  • Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
  • Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.
Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?
Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.
7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT
Tanda-tandanya:
  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
  • Lumpuh keseluruhan badan.





Bagaimana Berlakunya Sihir ini?
Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
  1. Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  2. Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
  3. Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.
8. SIHIR PENDARAHAN
Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".
Pengertian Pendarahan
Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.
9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN
Tanda-tandanya:
  • Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
  • Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang)
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.


Cara berlakunya Sihir ini
Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
  • Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
  • Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.
SIHIR PUKAU
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:
  • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
  • Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
  • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
  • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
  • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
  • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
  • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
  • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.
PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:
  • Hembusan asap rokok.
  • Tenungan mata.
  • Perbualan.
  • Minuman
  • Handphone (percakapan dan sms).
  • Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

PUNCA SIHIR:
  • Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
  • Mencuba kehebatan ilmu.
  • Mendapatkan keuntungan duniawi.
MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

GANGGUAN MAKHLUK HALUS



FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
B) Berpunca Daripada Manusia
  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:

    1. Terlalu marah.
    2. Terlalu takut.
    3. Nafsu syahawat yang tinggi.
    4. Manusia yang lalai.
    5. Jahil
  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
TANDA-TANDA GANGGUAN
a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.

Santau ( penyakit buatan Orang) punca dan Tanda-Tanda


Santau terbahagi kepada dua:
1. Santau yang diadun secara hakikat iaitu dengan menggunakan bahan dan kaedah tertentu semata- mata, tanpa melibatkan iblis dan syaitan.
2.Santau yang diadun secara hikmat iaitu yang disertakan dengan pemujaan terhadap iblis dan syaitan. Santau ini juga dikenali sebagai santau angin.
Umumnya tujuan utama santau dikenakan kepada mangsanya adalah seperti yang berikut:
1.Untuk membalas dendam atau hasad dengki kerana sebab-sebab tertentu. Mungkin kerana perselisihan faham antara orang tertentu dengan mangsanya. Oleh sebab itu mangsa tersebut perlu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian, ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu seperti sebulan atau dua bulan tanpa dapat dikesan puncanya.
2. Semata-mata kerana hendak menguji ketahan batin seseorang. Seorang pendatang baru di satu tempat yang dirasakan mempunyai kedudukan, atau seseorang yang merawat pesakit secara tradisional mungkin akan mengalami dugaan seperti ini untuk menguji ketahanan batinnya. Dalam hubungan ini, permusuhan antara dua pihak sebenarnya tidak ada. Mereka mungkin tidak pernah bertegur sapa atau berkenalan sebelum itu. Mungkin mereka hanya setakat pernah berjumpa sahaja.
4. Untuk menguji kekuatan santau yang dimiliki. kadang-kadang dilakukan oleh mereka yang sama-sama mempunyai ilmu santau.
5. Membuang santau. Santau puja atau santau angin perlu dibuang pada masa-masa tertentu. Kalau tidak, santau yang di dalarn simpanan seseorang mungkin akan rnemakan tuannya atau keluarganya. Dalam keadaan yang seumpama ini, santau perlu dibuang tanpa niat mengenakan orang tertentu atau berpunca daripada permusuhan.
Jari-jari yang dicelupkan sedikit dalam santau dan dijentikkan, mungkin boleh terkena kepada orang yang sedang makan atau minum di hadapan orang yang membuangnya tadi sekiranya angin bertiup ke arah mereka. Begitu juga pembuangan santau yang dilakukan dengan meletakkannya di sapu tangan. Dalam keadaan ini, orang yang tidak berdosa dan tidak bermusuh dengan orang yang mempunyai santau mungkin menjadi mangsa termasuk kanak-kanak.
6. Santau dimiliki untuk kepentingan diri dan keluarga. Pada zaman dahulu kekuatan ilmu batin yang dimiliki oleh seseorang menjadikannya ditakuti dan disegani oleh orang lain termasuk musuhnya. Ilmu batin tersebut termasuklah ilmu santau.
Tanda-tanda Terkena Santau
Santau dikenakan kepada seseorang supaya dia menderita berpanjangan tanpa menyedari yang dirinya terkena santau. Kesan santau kebanyakannya tidak berlaku secara mengejut atau mendadak seperti yang terjadi kepada mangsa keracunan. Namun santau yang cukup masak boleh menyebabkan kematian sekiranya mangsa tidak segera dirawat.
Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat, permulaan batuk disertai dengan pening kepala dan demam pagi dan petang. Batuk ini berlainan daripada batuk biasa. Ia lebih merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak.
Pesakit mungkin akan terus menderita, tekak gatal dan perit. Batuk mungkin mula menyerang pada pukul dua malam hingga pagi. Pesakit juga akan merasa lesu dan demam. Ada pendapat mengatakan santau yang dicampur dengan minyak dagu menyebabkan mangsa tidak boleh tidur malam, rasa gelisah; tidur tidak boleh, bangun rasa serba salah dan tidak berupaya berfikir seperti biasa.
Tidak ada jarak tertentu antara masa seseorang termakan santau dengan batuk ini. Walaupun demikian, santau yang kuat boleh menyebabkan mangsanya muntah darah sebaik-baik sahaja dia termakan santau atau beberapa jam selepas itu. Ini bergantung kepada bahan campuran yang disediakan. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.
Akibat kesan yang terjadi secara mengejut inilah menyebabkan ramai orang mengatakan bahawa antara santau dengan racun tidak berbeza.
Apabila batuk sampai ke satu tahap yang serius, mangsa santau tadi akan muntah mengeluarkan darah yang kadang-kadang bercampur nanah. Pesakit kadang-kadang berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan. Ketika ini pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut.
Dia juga mungkin berasa sakit pinggang, yang mungkin berpunca akibat serangan santau pada buah pinggang atau akibat tekanan batuk yang kuat dan berpanjangan. Dalam keadaan demikian pesakit akan barasa tidak selesa dan sering sakit kepala. Apabila kesan santau itu sampai ke tahap ini, selera makan akan menjadi kurang menyebabkan badan begitu kurus dan pucat. Kesan penderitaan yang berlarutan dan kurang selera makan menyebabkan seseorang mudah pucat, letih dan menjadi kurang aktif.
Daya ingatan mangsa santau mungkin menjadi lemah beberapa tahun selepas itu, mungkin setelah lima atau enam tahun dari tarikh mangsa termakan santau. Ini bergantung kepada bahan yang digunakan. Sesetengah santau tidak menyebabkan kurang daya ingatan. Proses ini berlaku sedikit demi sedikit tanpa disedari oleh mangsa yang berkenaan, juga oleh orang lain.
Kesan santau boleh menyebabkan tabiat asal seseorang berubah. Yang penyabar mungkin menjadi pemarah atau panas baran. Penderitaan yang berpanjangan akan menyebabkan pesakit hilang seri muka. Pesakit juga mungkin akan,mengalami sakit di bahagian tengkuk. Selain tanda perubahan fizikal di atas, dada orang yang sakit teruk dan lama menderita akibat santau akan menjadi sedikit bongkok dan tidak bidang seperti biasa. Manakala kedua-dua bahunya akan lebih bertaup ke hadapan. Ini terjadi akibat tarikan batuk yang dideritainya.
Menurut kebanyakan perawat yang berpengalaman merawat pesakit santau, bahan-bahan santau bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Bahan-bahan ini akan terus bergerak sedikit demi sedikit hingga ke hujung kaki dan tangan. Oleh sebab itu kuku seseorang yang terkena santau akan berwarna hitam kebiru-biruan. Ini menunjukkan penyakit yang dideritainya itu telah tiba ke tahap yang teruk. Bahan-bahan santau telah tiba ke hujung jari kaki dan tangan. Ketika itu pesakit selalu berasa kebas di hujung-hujung jari tangan dan kaki.
Menurut Para perawat sakit santau, bahan-bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang dan lain- lain lagi. Serangan pada bahagian in boleh menyebabkan lelah, sakit pinggang dan yang sebagainya.

Dicatat oleh Azrin Abdul Karim



Kunjungan pelajar ting 6 ke rumah anak-anak yatim dan miskin "NUR KASIH" taiping, perak darul ridzuan

Pelajar KPPU SMK Alang Iskandar telah mengadakan rombongan Program Simpul Kasih Aidilfitri Di Rumah Anak-anak Yatim NUR KASIH di TAIPING perak. Kunjungan itu terdiri daripada 3 orang guru dan 55 orang pelajar yang rata-rata nya Ting 6 rendah.







Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih Taiping adalah sebuah institusi kebajikan serta yang bertanggungjawab untuk menerima infaq (derma) yang diberikan oleh insan yang terpilih oleh Allah S.W.T. untuk dikongsi oleh mereka yang amat memerlukan iaitu anak-anak yatim dan miskin.
Pihak pengurusan Rumah Anak Anak Yatim Nur Kasih sejak penubuhannya telah berusaha keras untuk menyediakan kemudahan, mendidik dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak yatim yang terbiar. 
Oleh itu besarlah harapan kami jika pihak Tuan/Puan sudi menyertai kami untuk memberikan pelbagai sumbangan bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan anak-anak yatim miskin ini termasuk perbelanjaan wang yang diperlukan untuk yuran persekolahan, elaun pembelajaran harian, pengurusan asrama dan juga kakitangan.
Segala bantuan dan sokongan dari pihak Tuan/Puan adalah amat kami hargai dan didahului dengan setinggi-tinggi terima kasih.
BANK:MAYBANK BERHAD
NAMA AKAUN BANKNUR KASIH TAIPING 
NO. AKAUN BANK558305505878
CEK ATAS NAMANUR KASIH TAIPING 
PENGERUSI / PENGURUSZULKEPELY BIN OTHMAN
TALIPON NO05-8830806 / 016-5542563
EMAILnurkasihtaiping@gmail.com
LAMAN WEBhttp://www.anakyatim.com
BLOGhttp://rumahanakyatimnurkasih.blogspot.com/
ALAMATPERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR KASIH TAIPING
SIMPANG 3 ULU SEPETANG,34101
TAIPING,PERAK,D.R



Saturday, 12 November 2011

peta bagan serai

Tips Untuk Jadi Orang Cemerlang-oleh Dr. Fadzilah Kamsah Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my.my http://www.hanan.com.my/

Berikut ialah tips yang telah dipetik dari DR Fadzilah Kamsah.Semoga kita berusaha untuk mengamalkannya...

Tatacara makan & minum 
1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. 
2. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yang kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya. 

3. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vit C dari buah2an yang dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%. 

4. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yang pertama sahaja, biarkan air dalam mulut about 10 second then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut, & so on yang akan dibawa oleh air tegukan pertama. 

5. Seelok2nya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab, bagi yang tengah study (or anak-anak), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tengah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yang mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam) 

Tatacara di bilik air 
1. Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak daripada dapat batu karang 
2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar 

Tatacara didik anak 
1. Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yang terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently. 

2. Bagi anak-anak yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan) pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant. 

Tatacara didik diri sendiri 
1. Amalkan apa-apa yang baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 

~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30 

hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. 
2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain-lain yang -ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yang mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc 


Ada 3 kategori manusia :- 
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam 
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam 
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam 


"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar 
akhirat, dunia akan mengejar kita" 
mudah-mudahan ada manfaat untuk kita semua, menjadi iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya. Jadi marilah kita saling ingat mengingati....... 

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu dari kelemahan diri saya. 
Sampaikanlah walau satu ayat... 
Wassalam.

TITAH RAJA DR. NAZRIN SHAH

Tingkat Pencapaian Ekonomi Jadi Cabaran Dunia Islam: Raja Muda Perak
IPOH, 10 Mei (Bernama) -- Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah Selasa bertitah bahawa cabaran utama yang harus diberi tumpuan oleh 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia ialah prestasi pencapaian ekonomi mereka.

"Hari ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkumpul kesemua negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak pun dapat menandingi KDNK negara Jepun. Malah KDNK Jepun sahaja adalah tiga kali ganda KDNK negara-negara OIC disatukan," titah baginda.

Bertitah merasmikan Muzakarah Ulama bertemakan "Menjana Pengurusan Ekonomi: Perancangan Kewangan Barakah" di sini, baginda mengingatkan prasyarat yang akan menentukan kekuatan umat Islam untuk bersaing dan berganding dalam dunia ekonomi global yang kompetitif ialah penguasaan ilmu.

"Kejayaan ekonomi tidak lagi bergantung kepada sumber prima dan hasil bumi semata-mata. Kejayaan ekonomi kini bergantung kepada keupayaan mencetuskan idea baru - keupayaan mentafsir, memahami dan mengurus idea - keupayaan mencipta - keupayaan menyuntik inovasi dan keupayaan membawa perubahan," titah baginda.

Raja Muda Perak bertitah untuk itu, usaha membangunkan minda yang menguasai dan menerokai ilmu sangat penting agar daya fikir umat Islam dapat dipertajamkan.

"Pemikiran umat Islam perlu berani berhijrah, dibawa keluar dari kepompong pemikiran yang mengamalkan pendekatan lama yang semakin jumud dan usang.

"Ulama Islam berperanan besar untuk nenanamkan semangat di kalangan tenaga muda Islam supaya berani melakukan penghijrahan pemikiran lalu membawa perubahan...tenaga muda Islam yang dinamik lagi progresif, berupaya mengenal pasti serta meneroka ruang-ruang baru ekonomi," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah bahawa sumber manusia berpengetahuan menjadi bertambah kritikal dalam era ekonomi berpaksikan pengetahuan.

Ekonomi berpaksikan pengetahuan, titah baginda telah mengubah struktur ekonomi dunia.

"Perdagangan yang berlaku di peringkat global pada 2000, mencatatkan RM150 bilion bertukar tangan dalam setiap minit. Daripada angka tersebut, hanya RM3 bilion atau dua peratus sahaja daripada nilai dagangan berbentuk barangan, selainnya berbentuk perkhidmatan atau royalti kepada daya cipta yang dihasilkan dari minda yang imaginatif dan kreatif," titah baginda.

Baginda bertitah bahawa negara-negara Islam wajib meneliti dinamik ekonomi yang sedang berlaku pada masa kini.

"Muzakarah ini hendaklah dijadikan forum yang mencetuskan percambahan fikiran dan percambahan idea dalam usaha merangka program kerja yang pragmatik untuk membangunkan ummah di bidang ekonomi," titah baginda.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dalam ucapannya berkata kerajaan negeri amat terbuka dalam menerima sebarang cadangan untuk memartabatkan ekonomi Islam yang melibatkan kerajaan dan swasta.

"...kerana itulah, kerajaan amat komited dan bersungguh-sungguh menjayakan program muzakarah ini saban tahun. Saya yakin hasil muzakarah kali ini dapat memberikan panduan kepada pihak kerajaan dalam membangunkan negara...," katanya.

Lebih 200 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat, mufti, ahli akademik, ekonomi dan tokoh agama dari seluruh negara menyertai muzakarah selama tiga hari itu yang bermula semalam.

-- BERNAMA

KELEBIHAN PUASA PADA HARI ARAFAH

(bagi orang yg tidak menunaikan haji)

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ.

bermaksud : berpuasa pada hari arafah, Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.(riwayat muslim)

قَالَ: وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Bermaksud : Rasulullah di tanya tentang puasa di hari arafah? lalu bersabda : menghapuskan dosa setahun yang lepas dan yang baki.
(riwayat muslim).

HARI ARAFAH : 09 ZULHIJJAH 1432.

PENGAJIAN AM ( PERBADANAN AWAM)

Perbadanan Awam

Berikut adalah beberapa fakta penting tentang Perbadanan Awam:
1. Badan khas kerajaan (Persekutuan @ Negeri)
2. Menjalankan kegiatan berunsur perniagaan - bidang yang tidak diceburi swasta.
3. Kerajaan mempunyai ekuiti dalamnya.
4. Terbahagi kepada dua iaitu: Perbadanan Awam Persekutuan & Perbadanan Awam Negeri.
5. Perbadanan Awam Persekutuan diletakkan di bawah kementerian-kementerian tertentu.
6. Dua bentuk Perbadanan Awam iaitu: Badan Berkanun & Badan Tidak Berkanun
Contoh-contoh:
Badan Berkanun: MARA, FELDA & MARDI
Badan Tidak Berkanun: PETRONAS, MAS, HICOM & PNB

Geografi alam sekitar manusia ( bangladesh)


Bangladesh, secara rasmi digelarkan Republik Rakyat Bangladesh, ialah sebuah negara di sebelah timur laut subbenua India yang terletak di Asia Selatan. Bangladesh bersempadan dengan India di sebelah barat, utara dan timur, dengan Myanmar di sebelah tenggara, dan Teluk Bengal di sebelah selatan. Bersama-sama dengan Bengal Barat di India, Bangladesh terdiri daripada kawasan etnik dan linguistik Bengal. Nama "Bangladesh" bermaksud "Negara Bengal". Bagaimanapun, keasalan perkataan "Bangla" atau "Bengal" tidak diketahui. Ibu negara dan bandar terbesar Bangladesh ialah Dhaka.
Sempadan Bangladesh ditetapkan oleh Pemecahan India pada tahun 1947 ketika negara ini merupakan sayap timur Pakistan (Pakistan Timur) yang dipisahkan daripada sayap barat sejauh 1,600 kilometer (1,000 batu). Walaupun mempunyai agama yang sama, jurang etnik dan linguistik antara kedua-dua sayap diburukkan lagi oleh sebuah kerajaan yang ditempatkan di Pakistan Barat yang bersikap tidak peduli. Ini menyebabkan kemerdekaanBangladesh pada tahun 1971 selepas peperangan berdarah yang disokong oleh India. Tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan ditandai dengan huru-hara politik yang terdiri daripada tiga belas ketua kerajaan yang berlainan, serta sekurang-kurang empat rampasan kuasa tentera.
Bangladesh mempunyai bilangan penduduk yang kelapan terbesar di dunia, tetapi kawasan negara ini sebanyak 144,000 kilometer persegi ditempatkan sembilan puluh tiga di dunia. Oleh itu, Bangladesh merupakan salah satu negara yang terpadat di dunia. Negara ini ialah negara yang mempunyai bilangan orang Islam yang tiga terbesar di dunia, tetapi bilangan ini masih kurang sedikit berbanding dengan bilangan orang Islam yang merupakan kelompok minoriti di India.
Secara geografi, Bangladesh dikuasai oleh Delta Ganges-Brahmaputra yang subur. Negara ini mengalami banjir monsun tahunan, dan siklon kerap berlaku.


Bangladesh adalah salah satu daripada ahli pengasas Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC), BIMSTEC, serta ahli Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Lapan Negara Membangun (D-8).

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Keputusan :
Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;
1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
Contohnya;
i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.
Contohnya:
i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menjolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
 Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.
Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

6 r ekonomi..

6 r ekonomi telah menjana transformasi sekolah dengan penglibatan pelajar dengan cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum sekolah.. terdiri dari pelbagai kaum